Membuat Headband Rambut Dengan Reben

Hari ini kita akan bersama-sama belajar cara untuk membuat headband rambut dengan menggunakan reben untuk gadis-gadis remaja. Sebenarnya, headband rambut yang dihiasi dengan reben bukan sahaja digunakan oleh gadis remaja, malahan boleh dikatakan ia digunakan oleh semua perempuan tanpa mengira usia. Sebelum memulakan tutorial pada hari ini, ingin saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada yang beragama Islam dan selamat bercuti kepada yang bukan muslim. Seperti biasa, sebelum memulakan proses sulaman reben ini, anda harus memastikan segala bahan-bahan yang diperlukan ada.

Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Headband Reben

Di sini anda harus menyediakan bahan-bahan berikut;

reben
  •  Gunting
  • Mesin Glue Panas atau Hot Glue Gun
  • Headband Plain ataupun headband rambut yang tidak ada sebarang perhiasan.
  • Butang

Langkah-langkah Untuk Membuat Headband Reben

1. Sebagai permulaan, anda harus memilih warna asas headband yang ingin dibuat. Setelah memutuskan warna asas, maka anda dengan menggunakan gunting memotong reben tersebut dengan panjang kira-kira 45mm untuk dijadikan tapak pelekatan glue. Di sini, anda digalakkan untuk memilih reben satin polka dot sebagai asas kerana ia lebih lembut dan senang dibalut pada headband plain nanti.

reben

2. Dua keping reben  45mm yang dipotong tadi dilekatkan pada kedua pangkal headband.

3. Langkah ke-3, anda dikehendaki membalut headband tersebut dengan reben satin polka dot. Pastikan anda membalut headband tersebut dengan ketat. Di sepanjang proses ini, anda harus meletakkan glue di beberapa titik perhentian yang ditentukan oleh anda sendiri untuk mengelakkan balutan terbuka.

4. Setelah anda habis membalut, maka tibalah masanya untuk memperindahkan headband itu. Di sini, anda dikehendaki memotong reben grosgrain polka dot yang disediakan tadi. Panjang yang dikehendaki lebih kurang 3” ataupun 76mm. Selepas itu, ia dilipat supaya kedua-dua hujungnya bertembung dan diletak glue panas dan kemudiannya dilekatkan pada headband yang siap dibalut tadi. Di sini, anda akan mendapat satu headband yang cantik seperti dihiasi dengan bunga reben.

5. Langkah ke-5, anda boleh menambah lebih banyak hiasan ke atas headband tersebut. Langkah ke-4 diulangi. Kali ini, reben organza digunakan. Anda harus memilih reben yang beraneka jenis supaya hasil kraftangan anda adalah lebih cantik.

6. Akhir sekali, lekatkan sebiji butang di atas lapisan bunga reben yang dilekat pada headband tersebut. Dengan itu, terhasil headband rambut yang unik dan cantik dengan sekadar menggunakan reben.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Video klip yang menunjukkan cara membuat headband dengan reben.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>